Khusus buat penggemar fesyen bertudung, saya nak paparkan beberapa koleksi tudung yang baru dibawa masuk ke Kedai Tudung Online mulai penghujung bulan April 2009. Ianya didatangkan dalam 3 kategori berbeza iaitu sulam tangan eksklusif, kerawang dan sulam simple. Ok, jom tengok sebahagian besar koleksi tudung yang masih panas lagi nie.



1. Sulam Tangan Eksklusif


1.1 Tudung Sulam Tangan Manik Eksklusif


koleksi tudung terkini April 2009

Kod tudung - STY



Keseluruhannya, terdapat 14 helai tudung baru untuk jenis ini. Ada beberapa corak sulam maniknya yang agak menarik. Salah satu daripadanya, anda boleh lihat secara dekat seperti di bawah.

Close-up corak tudung sulam manik



Oh ya, anda boleh mendapatkannya pada harga RM69 per helai.


1.2 Tudung Sulam Mekah (Hand Made)


koleksi tudung terkini 2

Kod tudung - ST



Di antara semua yang ada di atas, tudung ST1 hingga ST4 lebih menarik perhatian saya. Namun, semasa saya menulis post ini, tudung ST2 telah "sold out".

Harganya pun lebih rendah berbanding tudung STY di atas iaitu RM61 sehelai.



2. Kerawang


2.1 Tudung Kerawang Tebuk Eksklusif Keliling Tanpa Berlian

koleksi tudung terkini 3



koleksi tudung terkini 4

Kod tudung - KA3



Sekiranya anda lebih berminat kepada tudung kerawang, memang inilah antara pilihan terbaik. Dengan pelbagai pilihan warna, anda boleh mendapatkannya pada harga RM43 sehelai.

Jika anda bercadang nak membelinya secara borong (minimum 20 helai), harga yang lebih murah menanti anda. Iaitu RM35 sehelai.



3. Sulam Simple


3.1 Tudung Sulam Smocking


koleksi tudung terkini 5

Kod tudung - SM



Tak banyak yang boleh saya perkatakan tentang tudung ini. Sebab ianya memang telah lama berada di pasaran. Bagi wanita bertudung, saya percaya anda lebih arif mengenainya.

Cuma mungkin anda ingin mengetahui berapa harganya saja kot?

Kalau begitu, ia dijual pada harga RM39 sehelai. :)


3.2 Tudung Sulam Simple Tepi Kemas


Begitu juga dengan tudung sulam simple nie. Ianya pun dah lama berada di pasaran. Sebelum kehadiran fenomena tudung batu natasha, nora danish, klcc, manjalara, mata lalat, euzora dan seangkatan dengannya lagi.

Tapi memang tak dinafikan yang ianya memiliki keistimewaan tersendiri. Anda boleh saksikannya di bawah.

koleksi tudung terkini 6



koleksi tudung terkini 7

Kod tudung - DS4



Mungkin saya boleh mencadangkan beberapa pilihan untuk anda pertimbangkan. Antaranya adalah DS4 5, DS4 11, DS4 12 dan DS4 16.

Harga yang ditawarkan untuk setiap satu ialah RM39.


Jika anda berminat dengan mana-mana koleksi tudung di atas, ataupun ingin koleksi lain, slia lawati kedai tudung online [klik].

Segala urusan yang berkaitan seperti pertanyaan stok, proses pembelian, pembayaran dan penghantaran boleh dilakukan di sana yer.


Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.