Tinggal lebih kurang 112 hari saja lagi anda bakal menyambut kedatangan 1 Syawal 1430. Mungkin ada yang merasakan masih terlalu awal untuk membicarakan soal ini. Maklumlah, puasa pun belum lagi, dah nak cite pasal raye la plak buang tebiat ape... huhu. Tapi nak buat macamner kan, bagi anda yang lebih selesa menempah baju raya daripada membeli yang dah siap tu, pasti persiapan awal perlu dibuat. Ini kerana kebiasaannya tukang jahit memang tak terima sebarang tempahan di saat-saat akhir, kan?

Atas sebab itu, saya enggan membiarkan tempahan anda ditolak mentah-mentah oleh tukang jahit (pereka fesyen) kegemaran anda. Di bawah ini ada beberapa koleksi dari jenis kain sutera, satin, crepe dan jacquard untuk pilihan anda.



1.0 Kategori: Batik Sedondon


1.1 Sutera Sedondon 3 Lapis Vogue (Pelangi)


Kod produk - SDD



Koleksi ini dikhaskan buat pasangan yang gemar tampil sedondon ketika menghadiri majlis-majlis tertentu. Tentu anda pasangan yang sehati dan sejiwa, kan?

Walaupun dah lama berkahwin tetapi masih nampak seperti pengantin baru gitu. Harga istimewa untuk anda dan pasangan ialah RM445.



2.0 Kategori: Satin Exclusive


2.1 Sutera Satin Canting Exclusive 3 Lapis (Pelangi)


Kod produk - STE



Bagi koleksi ini sehinggalah ke akhir koleksi di bawah nanti, ianya dikhususkan untuk si wanita saja. Tidak didatangkan bersama kemeja lelaki.

Harga untuk kain STE 2 dan 3 di atas ialah RM399 sepasang. Iaitu selepas diskaun sebanyak RM51.

Manakala untuk kain STE 6 dan 7 di bawah, ia ditawarkan pada harga RM288 sepasang.


2.2 Sutera Satin Sonata


Kod produk - STE





3.0 Crepe Exclusive


3.1 Sutera Crepe Exclusive 3 Lapis (Pelangi)


Kod produk - CRE



Kepada anda yang gemarkan corak yang minima, koleksi ini mungkin sesuai. Warna kedua-dua kain ini pun boleh tahan cantik. Harganya pula adalah RM270 sepasang.



4.0 Jacquard Exclusive


4.1 Sutera Jacquard Retak Junjung Exclusive


Kod produk - JCE



Berbanding dengan kain CRE di atas, kain sutera jacquard retak junjung ni lebih penuh coraknya. Walaupun agak kompleks, tetapi coraknya tak nampak serabut pun. Harganya juga RM270 sepasang.

Entah mengapa, dalam banyak-banyak koleksi di sini, saya agak tertarik dengan kain yang bertanda JCE 53. Gabungan warna yang agak menarik pada mata kasar saya nie. :)


4.2 Sutera Jacquard 3 Lapis Pelangi Exclusive


Kod produk - JCE



Walaupun kod produk ini sama dengan yang di atasnya, tapi model dan harganya berlainan. Harganya murah sedikit iaitu RM230 sepasang.


Secara keseluruhannya, koleksi kain sutera di atas hanyalah sebahagian daripada keseluruhan koleksi yang ditawarkan pada harga istimewa. Harga diskaun yang diberikan untuk anda dari serendah RM35 sehinggalah RM105 pada masa saya menulis ini.

Oleh itu, jika anda berminat dengan mana-mana koleksi yang ada, silalah berkunjung ke Kedai Sutera Songket (klik) untuk sebarang pertanyaan, tempahan dan pembelian.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.