Koleksi tudung terkini kali ini tampil dengan tiga rekabentuk batu oktant swarovski yang lebih ringkas tetapi segar. Koleksi yang saya maksudkan ialah tudung susur, tudung pautan kasih dan tudung matahari. Anda akan dapat melihat kesemuanya sebentar saja lagi, ok.

Untuk makluman anda, kesemua tudung terbaru ini adalah himpunan koleksi dari kedai tudung online. Anda boleh rujuk pada bahagian "Simple Plain" di laman web rasmi mereka. :)


Namun begitu, anda boleh terus saje melihat kesemua koleksi terbaru tu di bawah ini;


1. Tudung Susur


Kod tudung - HC



Seperti yang dapat anda saksikan, rekabentuk batu oktant swarovski di atas nampak ringkas dan biasa-biasa saja. Tapi disebabkan oleh susunannya yang agak unik, ia kelihatan menarik.

Setakat ini, anda masih berpeluang memiliki selain daripada tudung HC 1 dan HC 5. Jika anda berminat, harganya ialah RM65 sehelai.


2. Tudung Pautan Kasih




Kod tudung - RK



Sementara tudung pautan kasih ni pula, saya merasakan rekabentuknya adalah yang paling sederhana. Cuma kelebihannya adalah ia didatangkan dengan kepelbagaian warna.

Ianya juga sesuai untuk anda yang perlukan tudung yang ringkas dan minima. Jika ingin berpenampilan ringkas tapi menyerlah, anda boleh cuba menggayakan tudung RK 15 tu. :)

Dari segi harga, anda boleh mendapatkannya dengan harga RM52 sehelai.


3. Tudung Matahari


Kod tudung - MH




Rekaan ketiga dan terakhir untuk paparan kali ini ialah tudung matahari. Lihat sajalah pada susunan batuan oktant swarovski tu. Ala-ala matahari, kan?

Jika anda ingin mengubah angin dan lari dari kebiasaan, tudung ini boleh dijadikan pilihan. Maklumlah, bentuknya yang agak berbeza dan sedikit menonjol jika dibandingkan dengan susunan batu pada koleksi-koleksi terdahulu.

Bercakap mengenai soal harga pula, ia ditawarkan pada harga RM52 per helai. Iaitu sama seperti tudung pautan kasih. :)


Akhir kata, jika anda dah berkenan di hati memana tudung di atas, catatkan kodnya dan sila klik di sini untuk membuat tempahan sebelum ia kehabisan stok.

Comment

ADA 4 KOMEN BERKAITAN POST INI

  1. Samdaddycool On July 27, 2009 at 12:17 AM

    ...ooo tudung susurnama dia. Aritu ada customer saya ckp, tudung matahari terbenam... :P

      oktant On July 27, 2009 at 11:01 AM

    aah sam. tapi mungkin ada gak nama lain cam customer u ckp tu. kadang2, satu2 tudung tu ada banyak nama. keliru dibuatnye. :)

      Samdaddycool On July 27, 2009 at 2:36 PM

    ...betul, masalah paling besar bila telefon supplier / adik untuk dapatkan stok. Tokey kata nama lain, staff bagi nama lain.... sampai2 stok lain.. perhghhhh

      oktant On July 27, 2009 at 2:48 PM

    waduh.. itulah masalah nyer. ada percanggahan pd sesetengah nama tudung. nak kene seragamkan nama tudung-tudung ni kot. barulah senang sikit nak order.

     

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.