Walaupun bulan Ramadhan hanya akan tiba kurang daripada 14 hari lagi, pihak Tudung Online telah mengadakan Aidilfitri Sales lebih awal. Kebanyakan koleksi sedia ada dan yang terbaru turut diberi potongan harga. Bagi anda yang gemar membuat persiapan awal, jemputlah menikmati sebahagian koleksi tudung pilihan saya.


1. Kategori: Vogue (Standard Butik)

Kod tudung - VW



Seperti yang anda maklum, tudung oktant wulan apit natasha ni telah berada di pasaran sejak 2008 lagi. Daripada RM68 sehelai, kini harganya telah dikurangkan kepada RM59.

Saya pernah membeli 3 helai tudung jenis ini beberapa bulan yang lepas. Kalau tak silap semasa Hari Ibu. Nanti saya akan buat review khas untuk anda yer. :)


2. Kategori: Sulam Tangan Exclusive

Kod tudung - STT



Tudung sulam tangan dengan manik pula masih baru di tudung online. Pada awalnya ia dijual dengan harga RM53.

Sempena Aidilfitri sales ni, anda diberi potongan sebanyak RM5. Jadi, anda boleh mendapatkannya pada harga RM48 sahaja.

Bagi anda yang gemarkan tudung berwarna putih, STT 1 masih ada dalam stok. :)


3. Kategori: Macam-macam Oktant

Kod tudung - ND2



Ini adalah tudung ss mjlr oktant. Kalau tak silap saya, "ss mjlr" tu merupakan singkatan kepada perkataan "susur manjalara".

Koleksi ni baru sikit daripada tudung sulam tangan dengan manik. Rekaannya agak "meriah" berbanding yang lain.

Tapi saya ternampak sehelai daripadanya agak menarik. Cuba anda perhatikan kod tudung ND2 23. Lebih ringkas dan kemas.

Anda boleh mendapatkannya pada harga RM65 dan boleh terus menempahnya di SINI.


4. Kategori: Simple Plain

Kod tudung - HC



Seterusnya, inilah salah satu tudung yang terhangat di pasaran sekarang ni. Namanya tudung susur oktant swarovski. Harga istimewa selepas diskaun ialah RM55 sehelai.

Dalam banyak-banyak helai, saya dapati ada satu warna yang agak jarang atau sukar didapati. Anda boleh lihat pada kod tudung HC 26.

Setakat ini, ianya belum lagi ditempah oleh mana-mana individu. Jika berminat, anda masih ada peluang untuk memilikinya.


Kod tudung - MH



Satu lagi koleksi tudung yang mendapat permintaan yang tinggi adalah tudung oktant matahari.

Harganya lebih murah sikit daripada tudung susur iaitu RM48. Masih banyak lagi pilihan warna yang boleh disuai padan dengan busana anda.

Antaranya MH 11, MH 35, MH 50 dan MH53. Untuk tudung matahari yang kodnya MH 11 dan MH 35 tu, anda boleh lihat pada kategori Simple Plain di website rasmi tudung online di sini.


P.S: Sila klik pada gambar untuk visual yang lebih jelas. Harap maklum. :)

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.